Monday, November 19, 2012

Usop Kerbau mengenang Gaza

Celaka Yahudi!
Laknatullah!
Tak Lama lagi datangla bala tuhan tu!
Tengok Amareka tu Kan dah kena bala 
taufan Sandy tu bala kat dioranglah tu!, Bentak Usop kerbau. Terbeliak biji matanya menahan marah apabila mengenangkan kekejaman yahudi kepada penduduk Gaza.

Marah betul kau ni Usop?
Soal Man Pomen, Ketua kugiran Kampung Lalang seakan mempersoalkan keikhlasan Usop Kerbau yang sedang mengenang penduduk Gaza.

Mau tak marah! 
Puak- puak yahudi tu tak patut hidup di muka bumi Allah ni
tambah Usop sambil membika tin Coke yang dibelinya tadi.
Di teguknya air Coke tersebut, terasa sejuk kesegaran air tersebut membasahi tekaknya.

Man Pomen menyampuk, Kau ni marah yahudi, tapi kau tau tak yang coke ni buatan yahudi.
Apa pulak! Coke ini buatan Rusialah Bodo!, balas Usop Kerbau bersahaja.
 Kau dengan kerbau sama je! gerutu Man Pomen. 


Wednesday, July 4, 2012

Lafaz itu...

Telah menjadi impian Zairul untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Dengan berbekalkan keputusan STPM yang tak seberapa, sekadar memenuhi syarat minimum untuk masuk ke Universiti, Zairul tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar impian dia untuk masuk Universiti dimakbulkan. Solat hajat dilakukan selang seminggu, qiamullail dan juga bacaan Yassin juga tidak putus- putus dilakukan. Bersungguh-sungguh benar Zairul hendak mengecapi impiannya itu. Adapun, Zairul ini mempunyai satu kecacatan adalam perikehidupanya, Zairul seorang yang suka menghina orang lain, pantang ada yang sesuatu yang ganjil sedikit, semua itu akan menjadi bahan hinaanya. Anak kak Senah kuat merempitlah, Pak Mahmud tipu duit Khairat kematian kampunglah dan palbagai lagi cerita-cerita sensasi yang akan senentiasa membasahi bibirnya.

Tibalah Waktu,

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan dalam hidup Zairul, Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti diumumkan. Zairul bertemankan Fikri, rakannya yang pendiam tapi tajam juga lidahnya apabila sesekali bersuara telah pergi ke cyber cafe berhampiran untuk menyemak keputusan permohonan mereka. Zairul menyuruh Fikri menyemak permohonannya dahulu, "Alhamdullilah....Aku dapat masuk UM, Jurusan Sarjana Muda Ekonomi, Cuba kau pulak tangok", kata  Fikri. Dengan penuh gementar Zairul memasukkan nombor mykadnya.

Alhamdulilah.....Alhamdulilah....Alhamdulilah aku dapat masuk UiTM, Jurusan Sarjana Muda Pengurusan Pejabat. Mereka berdua tersenyum lebar. Sepanjang Perjalanan Zairul melafazkan Alhamdulilah berulang-ulang sudah beratus-ratus kali agaknya lafaz itu keluar dari mulutnya, sambil dalam hatinya dia mencemuh Fikri yang hanya sekali sahaja mungucapkan lafaz itu. "Tak bersyukur langsung mamat ni, bebel Zairul dalam hati.

Merekapun singgah sekejap di warung Pak Man, yang baru-baru ini gempar dengan kejadian Mat Nor Khusyairi Bin Satar menerajang Mat Jeliah. Sambil-sambil meneguk limau ais, Zairul terlihat kelibat luqman. Luqman hanya menamatka pelajaran di peringkat PMR sahaja dan sekarang ini mencari rezeki dengan memanjat kelapa.

"Tengok tu Fikri, tak berpelaran inilah jadinya". Kata Zairul, Takbur sungguh bunyinya, hina benar Luqman dimatanya yang bakal bergelar mahasiswa itu. "Kau ni Zairul, Allah dah bagi rezeki kat kau masuk U, janganla sombong, bersyukurla sikit", Balas fikri." Eh!! tolong sikit, aku dari tadi lagi tak putus-putus ucap Alhamdullilah tau!! kau tu yang tak bersyukur, sekali je aku dengar kau ucapkan lafaz itu".Bidas Zairul. "Kau ingat sekadar ucapkan lafaz tu dah cukup menunjukkan rasa syukur kau ke?", tanya Fikri. Ye la!! jawab Zairul selamba. Eh jomla balik, sakit pulak mata aku tengok si Luqman tu!", gerutu Zairul.

Wednesday, May 23, 2012

Semudah Itu...

Suatu hari, 7 Tahun yang lepas...
Gua dipanggil oleh guru kaunseling sekolah gua, atas kesalahan ponteng kelas tambahan Bahasa Inggeris. Sememangnya menjadi hobi gua untuk ponteng kelas yang gua anggap membosankan tahap Dewa Zeus. Adapun, kelas Bahasa Inggeris itu tidakla mencapai tahap Dewa Zeus, Tapi kelas tersebut sememangnya bosan, Barangkali tahap Dewa Poseidon (Adik Zeus).

Lantas, Di bilik kaunseling dua dikaunselingkan oleh cikgu gua, "Kita ni, kenala belajar rajin-rajin, jangan sia-siakan peluang yang ada". "Ramai orang kat luar sana yang nak belajar tapi takde peluang, Kamu ni dah ada peluang belajar manfaatkanla". Kata Cikgu Kaunseling gua, sebijik macam dialog drama-drama melayu yang selalu ditayangkan sempena hari guru. Gua pun masa tu malas nak layan bebelan cikgu kaunseling tu terus memandang ke luar tingkap mengusha gadis-gadis dari Kelab Kaunseling dan Kerjaya sedang menyapu sampah di koridor bilik kaunseling itu.

Sempat juga gua menguntumkan senyuman buat gadis- gadis tersebut, Tapi senyuman gua langsung tak dilayan oleh gadis- gadis tersebut, Gua pun bengang dan hati gua pun menggerutu, " Blah la lu!!, Lu ingat lu Kelab Kaunseling Lu Hot!!". 

Sambil cikgu kaunseling gua pun terus membebel, " Belajar Rajin-rajin, dapat keputusan cemerlang, dapat masuk Universiti, Lepas tu dapat Ijazah, Boleh dapat kerja bagus, Gaji besar, Lepas tu boleh beli rumah besar, kereta besar dan boleh ubah nasib keluarga."Namun persoalannya, Betul ke, Hidup ini SEMUDAH ITU....?





Saturday, May 19, 2012

Mat Jeliah dan Mat Nor Khusyairi Bin Satar

       "Celaka!! Bengang betul aku", Tempik seorang jejaka kurus berambut lurus sambil menggaru kudis buta di sikunya. "Apasal dengan ko ni Mat Jeliah?" tanya Mat Nor Khusyairi Bin Satar minta penjelasan. " Takdela, kita ni, hidup biar ada identiti sendiri, tak perlu kita ikut orang lain, Aku tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain, Aku adalah aku". Jelas Mat Jeliah. Terkebil- kebil Mat Nor Khusyairi Bin Satar melihat gaya sahabatnya itu, Seperti politikus-politikus jalanan yang sedang memancing undi lagaknya.

      "Apasal dengan ko ni Mat Jeliah?". Tanya Mat Nor Khusyairi Bin Satar buat kali kedua. "Ko ni bodohla! Mat Nor Khusyairi", tanya soalan yang sama dua kali bentak Mat Jeliah, Sombong benar kelakunya. "Tadi di kedai basikal Ah Chuah tadi tu, ada seorang perempuan ni", adake patut dia cakap muka aku iras-iras Aaron Aziz", Tu yang aku hangin tu. "Aku ada identiti aku sendiri tau, I tark shuke orang cakap i macam tu". Kata Mat jeliah sambil memintal- mintal rambutnya.

      Paaangg!! terperosok Mat Jeliah di bawah meja, Berbuih- buih mulutnya barangkali diserang sawan babi setelah diterajang oleh Mat Nor Khusyairi Bin Satar yang terkenal sebagai tekong utama pasukan Sepak Takraw kampungnya. " Pergi mampusla! lu". Herdik Mat Nor Khusyairi Bin Satar lantas berlalu meninggalkan Mat Jeliah yang menggelepar menahan kesakitan.

     Orang ramai yang ada di situ segara mengucapakan syabas! kepada Mat Nor Khusyairi Bin Satar atas tindakannya menerajang Mat Jeliah itu,

Wednesday, March 14, 2012

Surat dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk Bandar
kami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agung
pada suatu pagi yang manis dan ranum
di atas bangunan parlimen yang kosong

seluruh kaum burung telah diwakili
oleh para cerdik pandai, kecuali
perwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusan kematian
penembakan, bangkai hanyut di sungai kelang.

sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undangan
kupu-kupu yang ada kepentingan
dengan persoalan yang kami bincangkan

Tuan Datuk Bandar,
meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagai datuk kami
kerana perbezaan fahaman taraf 'Datuk' dan 'cucu'
kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu
(tuan-tuan telah mempermaniskan gelaran
menyebut rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan
untuk kami tuan namakan perkataan 'bulu')
kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untuk
MENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN ALAM
semata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgit
sejak lumpur kota ini menjadi batu-batu
kami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu
mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah
burung merbuk telah ditipu dengan nama padang merbuk
sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuan namakan sangkar.

perwakilan burung pipit telah mengemukakan protes
kerana menuduhnya sebagai
"pipit pekak makan berhujan"

ia disokong kuat oleh perwakilan burung punai
bahawa tuan telah menghina kaum jenis mereka
datuk menamakan benda-benda rahsia di tempat rahsia tubuh datuk
dengan nama 'pipit' dan 'punai', sedangkan kami tahu
'pipit' dan 'punai' datuk tak pandai terbang.

Tuan Datuk Bandar,
surat ini merayu kebijaksanaan tuan,
PELIHARALAH tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhan
tiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunan
itulah rumah kami, kediaman kami turun temurun
malah demi kesejahteraan manusia
kesihatannya, kebahagiannya, kedamaiannya
alam semula jadi seribu keindahan mekar
di bawah matahari bersinar


- Usman Awang


Ini baru legend.

Tuesday, February 21, 2012

Don't Judge a Book by it Cover, But!!


Don't judge a book by it cover. This is one of phrase yg kita selalu akan dengar. Samada kat drama TV ke, rancangan- rancangan motivasi ke, kaunselor sekolah dan juga buku-buku. Tapi, realitinya tak mcm tu. Taktaula samada korang perasan atau tak. Kita selalu menilai seseorang tu dari luaran dia. nampak mcm selekeh sket je kita akan cop org 2 tkberduit. Eh! pengalaman sebenar ni. Baju pagoda n suar pendek je, tp kuar dr Merceides 2..!

Ade plk sesetengah org tu, pakaian berjenama, gaya memukau, cara cakap ada sket2 slang mat saleh, klu sekali pandang mesti org ingat mesti keje pangkat besar ni.. tapi rupa-rupanya... ah! korang sambungla sendiri malas aku nk ckp.

Betul ooo...kita akan menilai orang dari luaran. Dah banyak terjadi dah kat aku. Orang igt aku ni jaga tandas la, org ingat aku ni tukang kutip kotak untuk recycle la, org ingat aku ni pomen motor la, jaga parking la n macam-macam lg..korang pun mungkin ada pengalaman sama jgk kot.


Yes, Don't Judge a Book by it Cover, But...



Till next time, bye!

Saturday, February 11, 2012

Kadang-kadang...

Kadang- kadang kita rasa kita ni pandai, tapi bila orang suruh buat something yang kita rasa susah, baru kita sedar yang kita ni bukanla pandai sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni bodoh, tapi bila kita berjaya buat sesuatu kerja dgn bagusnya, baru kita sedar, aik! sebenarnya kita ni takdela bodoh sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni kaya, tapi bila kita jumpa orang yang lagi kaya dari kita, baru kita sedar yang kita ni takdela kaya sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni miskin, tapi bila kita jumpa orang yang lagi miskin dan daif dari kita, baru kita sedar yang kita ni Alhamdullillah,takdela miskin sangat pun.
Kadang-kadang kita rasa kita ni cantik, hensem, cute, dan juga putih gebu. tapi bila kita jumpa orang yang lagi hensem, cantik, cute dan juga putih gebu dari kita, baru kita sedar yang kita ni takdela cantik, hensem, cute dan putih gebu sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita hodoh, tapi bila kita jumpa dengan orang yang lebih hodoh dari kita baru kita sedar yang kita ni takdela hodoh sangat pun.

Kadang-kadang kita gembira dengan kehidupan kita, kadang-kadang kita keciwa dengan kehidupan kita, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Dan Kehidupan ini kadang-kadang menguatkan kita, mematangkan kita dan melemahkan kita.
Jadi bersyukurla dengan apa yang kita ada
DAN...

Kadang-kadang aku rajin nak update blog dan kadang-kadang aku malas nak update blog.

Till next time, bye...