Wednesday, May 23, 2012

Semudah Itu...

Suatu hari, 7 Tahun yang lepas...
Gua dipanggil oleh guru kaunseling sekolah gua, atas kesalahan ponteng kelas tambahan Bahasa Inggeris. Sememangnya menjadi hobi gua untuk ponteng kelas yang gua anggap membosankan tahap Dewa Zeus. Adapun, kelas Bahasa Inggeris itu tidakla mencapai tahap Dewa Zeus, Tapi kelas tersebut sememangnya bosan, Barangkali tahap Dewa Poseidon (Adik Zeus).

Lantas, Di bilik kaunseling dua dikaunselingkan oleh cikgu gua, "Kita ni, kenala belajar rajin-rajin, jangan sia-siakan peluang yang ada". "Ramai orang kat luar sana yang nak belajar tapi takde peluang, Kamu ni dah ada peluang belajar manfaatkanla". Kata Cikgu Kaunseling gua, sebijik macam dialog drama-drama melayu yang selalu ditayangkan sempena hari guru. Gua pun masa tu malas nak layan bebelan cikgu kaunseling tu terus memandang ke luar tingkap mengusha gadis-gadis dari Kelab Kaunseling dan Kerjaya sedang menyapu sampah di koridor bilik kaunseling itu.

Sempat juga gua menguntumkan senyuman buat gadis- gadis tersebut, Tapi senyuman gua langsung tak dilayan oleh gadis- gadis tersebut, Gua pun bengang dan hati gua pun menggerutu, " Blah la lu!!, Lu ingat lu Kelab Kaunseling Lu Hot!!". 

Sambil cikgu kaunseling gua pun terus membebel, " Belajar Rajin-rajin, dapat keputusan cemerlang, dapat masuk Universiti, Lepas tu dapat Ijazah, Boleh dapat kerja bagus, Gaji besar, Lepas tu boleh beli rumah besar, kereta besar dan boleh ubah nasib keluarga."Namun persoalannya, Betul ke, Hidup ini SEMUDAH ITU....?