Wednesday, July 4, 2012

Lafaz itu...

Telah menjadi impian Zairul untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Dengan berbekalkan keputusan STPM yang tak seberapa, sekadar memenuhi syarat minimum untuk masuk ke Universiti, Zairul tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar impian dia untuk masuk Universiti dimakbulkan. Solat hajat dilakukan selang seminggu, qiamullail dan juga bacaan Yassin juga tidak putus- putus dilakukan. Bersungguh-sungguh benar Zairul hendak mengecapi impiannya itu. Adapun, Zairul ini mempunyai satu kecacatan adalam perikehidupanya, Zairul seorang yang suka menghina orang lain, pantang ada yang sesuatu yang ganjil sedikit, semua itu akan menjadi bahan hinaanya. Anak kak Senah kuat merempitlah, Pak Mahmud tipu duit Khairat kematian kampunglah dan palbagai lagi cerita-cerita sensasi yang akan senentiasa membasahi bibirnya.

Tibalah Waktu,

Hari ini merupakan hari yang mendebarkan dalam hidup Zairul, Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti diumumkan. Zairul bertemankan Fikri, rakannya yang pendiam tapi tajam juga lidahnya apabila sesekali bersuara telah pergi ke cyber cafe berhampiran untuk menyemak keputusan permohonan mereka. Zairul menyuruh Fikri menyemak permohonannya dahulu, "Alhamdullilah....Aku dapat masuk UM, Jurusan Sarjana Muda Ekonomi, Cuba kau pulak tangok", kata  Fikri. Dengan penuh gementar Zairul memasukkan nombor mykadnya.

Alhamdulilah.....Alhamdulilah....Alhamdulilah aku dapat masuk UiTM, Jurusan Sarjana Muda Pengurusan Pejabat. Mereka berdua tersenyum lebar. Sepanjang Perjalanan Zairul melafazkan Alhamdulilah berulang-ulang sudah beratus-ratus kali agaknya lafaz itu keluar dari mulutnya, sambil dalam hatinya dia mencemuh Fikri yang hanya sekali sahaja mungucapkan lafaz itu. "Tak bersyukur langsung mamat ni, bebel Zairul dalam hati.

Merekapun singgah sekejap di warung Pak Man, yang baru-baru ini gempar dengan kejadian Mat Nor Khusyairi Bin Satar menerajang Mat Jeliah. Sambil-sambil meneguk limau ais, Zairul terlihat kelibat luqman. Luqman hanya menamatka pelajaran di peringkat PMR sahaja dan sekarang ini mencari rezeki dengan memanjat kelapa.

"Tengok tu Fikri, tak berpelaran inilah jadinya". Kata Zairul, Takbur sungguh bunyinya, hina benar Luqman dimatanya yang bakal bergelar mahasiswa itu. "Kau ni Zairul, Allah dah bagi rezeki kat kau masuk U, janganla sombong, bersyukurla sikit", Balas fikri." Eh!! tolong sikit, aku dari tadi lagi tak putus-putus ucap Alhamdullilah tau!! kau tu yang tak bersyukur, sekali je aku dengar kau ucapkan lafaz itu".Bidas Zairul. "Kau ingat sekadar ucapkan lafaz tu dah cukup menunjukkan rasa syukur kau ke?", tanya Fikri. Ye la!! jawab Zairul selamba. Eh jomla balik, sakit pulak mata aku tengok si Luqman tu!", gerutu Zairul.