Tuesday, February 21, 2012

Don't Judge a Book by it Cover, But!!


Don't judge a book by it cover. This is one of phrase yg kita selalu akan dengar. Samada kat drama TV ke, rancangan- rancangan motivasi ke, kaunselor sekolah dan juga buku-buku. Tapi, realitinya tak mcm tu. Taktaula samada korang perasan atau tak. Kita selalu menilai seseorang tu dari luaran dia. nampak mcm selekeh sket je kita akan cop org 2 tkberduit. Eh! pengalaman sebenar ni. Baju pagoda n suar pendek je, tp kuar dr Merceides 2..!

Ade plk sesetengah org tu, pakaian berjenama, gaya memukau, cara cakap ada sket2 slang mat saleh, klu sekali pandang mesti org ingat mesti keje pangkat besar ni.. tapi rupa-rupanya... ah! korang sambungla sendiri malas aku nk ckp.

Betul ooo...kita akan menilai orang dari luaran. Dah banyak terjadi dah kat aku. Orang igt aku ni jaga tandas la, org ingat aku ni tukang kutip kotak untuk recycle la, org ingat aku ni pomen motor la, jaga parking la n macam-macam lg..korang pun mungkin ada pengalaman sama jgk kot.


Yes, Don't Judge a Book by it Cover, But...



Till next time, bye!

Saturday, February 11, 2012

Kadang-kadang...

Kadang- kadang kita rasa kita ni pandai, tapi bila orang suruh buat something yang kita rasa susah, baru kita sedar yang kita ni bukanla pandai sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni bodoh, tapi bila kita berjaya buat sesuatu kerja dgn bagusnya, baru kita sedar, aik! sebenarnya kita ni takdela bodoh sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni kaya, tapi bila kita jumpa orang yang lagi kaya dari kita, baru kita sedar yang kita ni takdela kaya sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita ni miskin, tapi bila kita jumpa orang yang lagi miskin dan daif dari kita, baru kita sedar yang kita ni Alhamdullillah,takdela miskin sangat pun.
Kadang-kadang kita rasa kita ni cantik, hensem, cute, dan juga putih gebu. tapi bila kita jumpa orang yang lagi hensem, cantik, cute dan juga putih gebu dari kita, baru kita sedar yang kita ni takdela cantik, hensem, cute dan putih gebu sangat pun.
Kadang- kadang kita rasa kita hodoh, tapi bila kita jumpa dengan orang yang lebih hodoh dari kita baru kita sedar yang kita ni takdela hodoh sangat pun.

Kadang-kadang kita gembira dengan kehidupan kita, kadang-kadang kita keciwa dengan kehidupan kita, kadang-kadang kita diatas dan kadang-kadang kita dibawah. Dan Kehidupan ini kadang-kadang menguatkan kita, mematangkan kita dan melemahkan kita.
Jadi bersyukurla dengan apa yang kita ada
DAN...

Kadang-kadang aku rajin nak update blog dan kadang-kadang aku malas nak update blog.

Till next time, bye...

Tuesday, February 7, 2012

DUA PANTUN

Orang melayu merupakan suatu bangsa yg halus dan suka berkias.Samada dalam perbuatan, percakapan, hatta dalam percintaan juga. Antara medium yg digunakan dalam menyampaikan maksud yg dihajati itu secara indirect adalah Pantun

Kalau kita tgk cerita-cerita melayu yg tipikal kan kita akan selalu dpt tgk macam mana org2 tua kita berpantun2 untuk meminang anak dara org. Sampai berpeluh2 jgkla kadang tukang pantun 2 nk cipta pantun dia. Alih2 pinangan ditolak frust! beb frust! buat kering air liur je kehkehkeh!!!

Tapi dalam banyak patun melayu, ada dua pantun ni yg menarik perhatian aku. Ia sangat relevan untuk keadaan masa kini. Ia menunujukkan kerakusan sang lelaki dan kebodohan sang wanita.
Kita hayati bersama pantun yg agak kurang ajar, kurang sopan, kurang manis, kurang lemak dan kurang nilai moral ini.

Tanam Pinang Rapat-rapat
Agar Senang Puyuh Berlari
Jika Kupinang- pinang tak dapat
Akan dikau kubawa lari

Amacam... Orang sekarang mana ada semangat ataupun keberanian nk cipta pantun yg ckp omputeh dia tu sound direct mcm ni. Mana ada...!!
Tgk Pantun tadi tu menunjukkan betapa haramnya lelaki tu. Eh!, takboleh salahkan dia...dia dah buat cara baik tapi mak budak pompuan yag digilainya tu tolak pinangan dia sapa soh...

Tapi....
Pantun tadi tu ada jawabnya. Yela, Pantunkan mesti berbalas-balas. Bukan hanya tembakan je yang berbalas-balas, pantun pun sama jugak. Ini Jawabnya pada Pantun diatas tadi.

Nasi Lemak Buah Bidara
Daun Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Pergh!! Agung tak karya diatas.
Nak termuntah aku dengar. Ni boleh dikirakan sebagai jawapan balas sang gadis tadi tu la.
Pantun yg kedua ni, malehla aku nk komen.
Komen lebih- lebih kang kata aku ni anti- establishment plak.

Ok, Till next time, Adios!

Monday, February 6, 2012

DEBUT

"Seorang Marhaen adalah orang yang mempunyai alat‐alat yang sedikit, orang kecil dengan milik kecil,
dengan alat‐alat kecil, sekedar cukup untuk dirinya sendiri. Bangsa kita yang puluhan juta jiwa, yang
sudah dimelaratkan, bekerja bukan untuk orang lain dan tidak ada orang bekerja untuk dia. Tidak ada
penghisapan tenaga seseorang oleh orang lain."


- Petikan dari Penyambung Lidah Rakyat


Dah lama rasanya nak tulis blog ni...Sebab tgk orang lain ada blog mcm best je... Mcm cool je...Mcm hebat je.. Mcm pandai je (lebih2 lg bile diorang tulis gune bahasa omputeh)....Lagi, mcm elegen je...Mcm elit je...Mcm romantik je...Mcm akan menjadi kegilaan gadis2 je...Dan kadang2 mcm haram jgk... Tapi takpe sebagai seorang marhaen yg bergaya, open minded, hensem, memahami dan sukakan kepada kanak2...aku hormat hak mereka untuk menulis selagi tulisan mereka tak mengancam keselamatan marhaen2 yg lain.

Aku memilih Marhaen kerana marhaen adalah aku (senang cite tak payah nk explain panjang2).
Nak tau lebih, tu kat atas tu ada petikan dari buku Penyambung Lidah Rakyat sebuah biografi untuk Presiden Soekarno bekas presiden Indonesia yang mula memperkenalkan konsep marhaen ni... Tak paham jugak. Takpe, bukakla Kamus Dewan (cara mudah dan cepat untuk menguasai Bahasa Malaysia dalam masa 30 hari*)

So, Till next time hv a good day....



*Siapa percaya mamang pandai sikit daripada Lembu