Tuesday, February 7, 2012

DUA PANTUN

Orang melayu merupakan suatu bangsa yg halus dan suka berkias.Samada dalam perbuatan, percakapan, hatta dalam percintaan juga. Antara medium yg digunakan dalam menyampaikan maksud yg dihajati itu secara indirect adalah Pantun

Kalau kita tgk cerita-cerita melayu yg tipikal kan kita akan selalu dpt tgk macam mana org2 tua kita berpantun2 untuk meminang anak dara org. Sampai berpeluh2 jgkla kadang tukang pantun 2 nk cipta pantun dia. Alih2 pinangan ditolak frust! beb frust! buat kering air liur je kehkehkeh!!!

Tapi dalam banyak patun melayu, ada dua pantun ni yg menarik perhatian aku. Ia sangat relevan untuk keadaan masa kini. Ia menunujukkan kerakusan sang lelaki dan kebodohan sang wanita.
Kita hayati bersama pantun yg agak kurang ajar, kurang sopan, kurang manis, kurang lemak dan kurang nilai moral ini.

Tanam Pinang Rapat-rapat
Agar Senang Puyuh Berlari
Jika Kupinang- pinang tak dapat
Akan dikau kubawa lari

Amacam... Orang sekarang mana ada semangat ataupun keberanian nk cipta pantun yg ckp omputeh dia tu sound direct mcm ni. Mana ada...!!
Tgk Pantun tadi tu menunjukkan betapa haramnya lelaki tu. Eh!, takboleh salahkan dia...dia dah buat cara baik tapi mak budak pompuan yag digilainya tu tolak pinangan dia sapa soh...

Tapi....
Pantun tadi tu ada jawabnya. Yela, Pantunkan mesti berbalas-balas. Bukan hanya tembakan je yang berbalas-balas, pantun pun sama jugak. Ini Jawabnya pada Pantun diatas tadi.

Nasi Lemak Buah Bidara
Daun Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Pergh!! Agung tak karya diatas.
Nak termuntah aku dengar. Ni boleh dikirakan sebagai jawapan balas sang gadis tadi tu la.
Pantun yg kedua ni, malehla aku nk komen.
Komen lebih- lebih kang kata aku ni anti- establishment plak.

Ok, Till next time, Adios!

2 comments:

laylie mdnoor said...

haha! jangan awak yang bawak lari anak dara orang bila pinangan awak ditolak dah la ye kiki

Anonymous said...

it's a good review though..i like